PKP lanjut atau tidak? Bakal terjawab pukul 4 petang ini

  • 4 years ago
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dijadual akan menyampaikan perutusan khas pada jam 4 petang hari ini.

Perutusan khas berkenaan adalah berkenaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ditetapkan berakhir Selasa depan.

Kerajaan sebelum ini berkata Kementerian Kesihatan akan menentukan sama ada PKP perlu dilanjutkan atau sebaliknya, berdasarkan data yang diperolehi kementerian itu.

Polis Selangor semalam berkata ada kemungkinan PKP yang bermula 18 Mac lalu dan dijadual berakhir 14 April ini akan dilanjutkan.

Sementara itu, sidang media Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob akan berlangsung seperti biasa pada jam 2 petang ini.