'Mewa' bermaksud bodoh: Tuan Ibrahim kata masih bincang
  • 4 years ago
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata singkatan nama baru kementeriannya, Mewa, masih dalam peringkat perbincangan dan akan diputuskan dalam peringkat kementerian nanti.

Ini setelah timbulnya dakwaan bahawa singkatan nama kementerian, Mewa mempunyai maksud yang tidak baik iaitu bingung dan bodoh dalam dialek Kelantan seperti dicatat dalam laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu.