Syed Saddiq lapor polis hilang RM250,000 dari peti besi

  • 4 years ago
Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dari perti besi di rumahnya.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau berkata sudah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumahnya.

Dalam laporan polis itu, Syed Saddiq berkata beliau kali terakhir membuka peti besi berkenaan pada 13 atau 14 Mac lalu.

Jelasnya lagi, tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah dan bilik kemas.

Malah, peti besi miliknya itu ditetapkan kod rahsia dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu di mana beliau simpan.