Search
Library
Watch fullscreen
2 days ago|372 views

KDN: Tindakan lebih tegas pada minggu kedua PKP

KiniTV
KiniTV
Tindakan lebih 'keras' akan dilaksanakan pada minggu kedua perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap orang ramai yang masih ingkar dengan arahan itu, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata untuk minggu pertama PKP sebelum ini, polis mengambil tindakan secara berhemah dan memberi nasihat dengan baik kepada orang awam untuk mengurangkan pergerakan

Katanya untuk minggu kedua PKP, segala arahan yang dibuat masih lagi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama seperti minggu pertama, tetapi pihak polis akan lebih tegas.