Search
Library
Watch fullscreen
2 days ago|142 views

PM gesa pusat pengumpulan zakat lebih proaktif bantu asnaf

KiniTV
KiniTV
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggesa organisasi-organisasi kebajikan dan pusat pengumpulan zakat di seluruh negara untuk "tampil" membantu rakyat Malaysia yang memerlukan ketika berdepan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam ucapan televisyen ke seluruh negara, hari ini bagi mengumumkan bahawa tempoh PKP akan dilanjutkan hingga 14 April ini, Muhyiddin juga berkata beliau berharap pusat pengumpulan zakat akan memainkan peranan lebih “proaktif” untuk membantu para asnaf.

Katanya, beliau percaya kumpulan itu sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini.

“Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat,” katanya.