Kakitangan hospital guna 'plastik sampah' buat sendiri sut pelindung

  • 4 years ago
Satu klip video menunjukkan kakitangan hospital menggunakan beg plastik sampah sebagai sut pelindung sementara menjadi tular di media sosial.

Video tersebut yang dipercayai diambil dari sebuah hospital di Kelantan menunjukkan petugas kesihatan di barisan hadapan melawan Covid-19 sedang “mengubah suai” beg plastik tersebut menjadi penutup kepala.

Ia memaparkan dua lelaki- salah seorang daripada mereka mengukur saiz kepala rakannya dan kemudian memotong beg plastik tersebut mengikut kesesuaian kepala rakan berkenaan.

Tujuannya? Ia jadi pakaian sementara untuk melindungi kakitangan tersebut daripada dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.

Selepas beg plastik itu dipotong dan dipakai, seorang lagi lelaki kemudian memakai topi pelindung bagi memastikan kepalanya dilindungi dengan sempurna.

Klip video itu secara tidak langsung mengejutkan netizen kerana ia menunjukkan kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk pekerja kesihatan