Fahami konsep jarak sosial, tiada lagi makan di luar - Alexander
  • 4 years ago
Menteri KPDNHEP, Alexander Nanta Linggi menegaskan kedai-kedai makanan harus dibuka untuk pembelian, namun orang ramai tidak boleh makan di kedai.

"Kedai kopi kalau dia jual dan hantar kepada rumah-rumah, ya kita galakkan. Tapi jangan buka dan orang kunjung ke sana, itu bertentangan dengan amalan jarak sosial,"

Beliau menyeru orang ramai supaya memahami konsep jarak sosial (social distancing) supaya tidak keluar rumah seperti biasa sekiranya tiada keperluan.