Polis akan ambil tindakan pihak timbulkan kekacauan - IGP
  • 4 years ago
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menimbulkan kekacauan awam, berikutan situasi politik semasa di Malaysia.

Selain itu beliau turut menyeru penyokong parti politik dan orang ramai supaya bersabar dan meneruskan kegiatan seharian seperti biasa.

Katanya lagi, pihak polis akan terus memantau keadaan semasa bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Abdul Hamid berkata demikian ketika di temuramah selepas selesai urusan Tun M menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara.