PPSMI - Apa kata pakar tentang keperluannya?

  • 4 years ago
Pernah dilaksanakan pada tahun 2003, tetapi gagal dan dimansuhkan pada tahun 2012.

PPSMI atau pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris sekali lagi ingin dilaksanakan oleh Pemangku Menteri Pendidikan Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Bagi Presiden NUTP, Aminuddin Awang, sekiranya PPSMI dilaksanakan semula bagaimana guru yang mempunyai kemahiran yang baik dalam sains dan matematik yang selama ini menggunakan bahasa melayu terpaksa mengubah pengajaran menggunakan bahasa inggeris.

Katanya, para guru sendiri ketika berada di institusi pendidikan menggunakan bahasa melayu untuk kursus sains mahupun matematik.

Beliau juga turut mencadangkan Dual Language Programme sepatutnya diperkasakan kerana DLP sudah kurang mendapat sokongan yang padu daripada kerajaan.