Tak sekat semua warga China, ikut keputusan KKM - Muhyiddin

  • 4 years ago
Kerajaan tidak bercadang mengenakan sekatan terhadap semua pelawat warganegara China kecuali dari Wilayah Hubei, termasuk Bandar Wuhan, untuk memasuki negara ini, memandangkan tiada keperluan berbuat demikian setakat ini.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihak Jabatan Imigresen sentiasa berpandukan kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung status novel koronavirus 2019 di negara ini.

“Jadi, di Jabatan Imigresen berpandukan kepada keputusan dibuat KKM. Jangan salah faham, hanya bila KKM nyatakan perlu kita kawal, kita akan guna Akta Imigresen untuk kenakan sekatan macam yang kita telah putuskan (ke atas warganegara China dari Wilayah Hubei, termasuk Bandar Wuhan).

Beliau mengulas mengenai kebimbangan orang ramai berhubung keputusan kerajaan, yang hanya membuat sekatan terhadap warganegara China dari Wilayah Hubei, termasuk Wuhan, dan bukannya daripada keseluruhan negara tersebut.