Batal PSS: Kenapa U-turn, sindir Hisham

  • 4 years ago
Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein menyindir Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal kerana didakwa melakukan pusingan U apabila membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

"Sebelum kalah PRK Kimanis, bukan main garang PH-Warisan pertahan Pas Sementara Sabah (PSS).

"Sampaikan, apabila BN dan rakyat Sabah mengkritik PSS demi keselamatan dan kesejahteraan Sabah, PH-Warisan tuduh BN jadikan PSS modal politik", bidas Hishamuddin dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Shafie mengumumkan keputusan kerajaan negeri membatalkan pelaksanaan PSS selepas Warisan tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis Sabtu lalu.