9 klip audio SPRM, apa yang cuba disampaikan?
  • 4 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini telah mendedahkan 9 rakaman suara bekas perdana menteri Najib Abdul Razak pada tahun 2016.

Sembilan rakaman suara tersebut memberi gambaran bahawa terdapat “konspirasi jenayah” besar untuk mengganggu proses keadilan berhubung penyiasatan 1MDB.

Dalam video ini, KiniTV merungkai peristiwa-peristiwa penting kes 1MDB dan isi rakaman perbualan telefon untuk membantu penonton memahami rangka masa kejadian bersama konteks.

KiniTV dalam apa cara sekalipun, bukan mahu menyatakan bahawa ada berlakunya kesalahan jenayah seperti yang digambarkan atau disebut di dalam semua rakaman suara berkenaan.
Recommended