Patutlah tak tahan sejuk parlimen sebab kuat kencing! - Zahida Zarik Khan
  • 4 years ago
Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan meyifatkan kehadiran ahli parlimen kerajaan di Dewan Rakyat yang tidak memberangsang sehingga tercetus tidak cukup kuorum baru-baru ini sebagai kuat kencing kerana tidak tahan dengan kesejukkan hawa dingin di dalam dewan.

"Bila kita tanya kenapa selalu ponteng? Ramai di kalangan mereka yang kata, tak tahan letih, tak tahan sejuk, duduk dalam Parlimen tak tahan sejuk.

"Baru kita tahu, kenapa mereka kuat kencing? Rupanya tak tahan sejuk Mat-mat Kencing ni! Kalau dah tak tahan sangat, tunggu apa lagi? Bubarlah parlimen cepat-cepat, boleh jadi pembangkang semula."

Zahida berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.