Meskipun hujan, Agong berhenti bantu mangsa kemalangan

  • 5 years ago
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi mencemar duli dengan turun dari kereta rasmi baginda bagi memeriksa kenderaan dan mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

Menurut perkongsian daripada laman rasmi di Instagram Istana Negara, baginda baru pulang dari Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di Putrajaya.

Dalam perjalanan pulang rombongan baginda terserempak dengan dua kemalangan jalan raya.

Meskipun hujan renyai, baginda memeriksa keadaan mangsa kemalangan dan bertanya khabar mereka.