MB Johor bengang mahu ambil mikrofon dari Pemuda BN laung 'Hancur PH"

  • 4 years ago
Dr Sahruddin Jamal dikatakan bengang dan cuba mengambil mikrofon yang sedang digunakan oleh Pemuda BN dalam menyampaikan ceramah.

Beberapa penyokong PH yang menyertai walkabout bersama Sahruddin di sebuah pasar malam telah memarahi Pemuda BN yang ketika itu sedang menyampaikan ceramah pada kempen PRK Tanjung Piai.


Sahruddin kemudiannya meminta mikrofon yang dipegang oleh penceramah yang berada di atas trak.

Sebelum itu, pemuda BN itu sempat bersalaman dengan Sahruddin, namun ketika dia sedang berjalan, penceramah itu tanpa segan dan hormat melaungkan 'Hidup rakyat Hancur PH'