Kecoh! Perang mulut Guan Eng dengan pembangkang isu 1MDB
  • 4 years ago
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim menuduh Menteri Kewangan Lim Guan Eng berbohong di Dewan Rakyat, selepas pemimpin DAP menyalahkan kerajaan BN sebelum ini untuk mewujudkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pentadbiran semasa hari ini.

Shahidan diminta menarik balik kenyataannya, tetapi beliau dipertahankan oleh Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan.

Dewan rakyat hari ini juga gamat sekali lagi kerana wakil rakyat pembangkang bertanya bertubi-tubi kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana berkali menyalahkan kerajaan lama.


Kerajaan menghadapi banyak cabaran dalam mengurus kedudukan fiskal negara, namun pengekalan penarafan ini penting kerana ia satu petanda undi percaya kepada kemampuan kerajaan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai hutang negara yang dikatakan semakin bertambah, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.