Netizen puji pelajar 4 Flat Nur Athirah sopan dan berilmu

  • 5 years ago
Video graduan UUM yang memperoleh 4 flat 7 semester berturut-turut iaitu CGPA 3.99 di dalam Ijazah Sarjana Muda Falsafah Undang-Undang dan Perniagaan dapat pujian netizen dan kongsian tinggi.

penerima anugerah Pelajaran Diraja, Nur Athirah Rushami Zien, 23, berkata, dia tidak mempunyai resipi kejayaan yang luar biasa kecuali sentiasa fokus ketika kuliah.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan ini berjaya menamatkan pengajian dengan PMK 3.99.

Katanya, biarpun program pengajian yang diikutinya baru diperkenalkan, namun dia sentiasa gigih untuk cemerlang setiap semester meskipun sibuk dengan aktiviti kokurikulum.

“Ia kursus baharu, sukar juga buat saya. Apatah lagi, hanya 13 orang mengikuti kursus ini.

“Syukur, dengan kerjasama baik daripada rakan sekelas serta pensyarah, segalanya dipermudahkan,” katanya yang berasal dari Perlis.

Media sosial sejak semalam hebah memperkatakan mengenai dirinya.