Apa yang berlaku di dunia bukan hanya berkisar Anwar jadi PM
  • 5 years ago
Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein menolak dakwaan bahawa beliau akan menyekat presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang akan datang.

Beliau berkata kenyataan Anwar mengenai beliau di Dewan Rakyat semalam tidak masuk akal kerana beliau tidak memegang jawatan dalam Umno dan mereka adalah dalam blok pembangkang.

Semalam Anwar membuat rujukan mengenai usaha untuk menjejaskan Pakatan Harapan ketika membahaskan ucapan Bajet 2020.

Anwar kemudian menyimpulkan bahawa bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein sedang menjalankan rancangan dan menasihati Ahli Parlimen agar tidak takut ancaman pendakwaan terhadap mereka. Walau bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan dengan terperinci.
Recommended