Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dilaksana secara berperingkat

  • 5 years ago
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dilaksanakan secara berperingkat membabitkan banyak tempat di dalam dan luar negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata kempen berkenaan sedang giat dijalankan, dengan terbaru, penganjuran Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2019 di ibu negara, awal bulan ini.

“Kita ada buat (kempen) di dalam dan luar negara tapi memang ia dilaksanakan secara berperingkat kerana membabitkan kawasan yang besar. Ia (kempen) bukan perlahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Pameran Harumanis di Galeri Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA) di sini, hari ini.