KRI cadang ukuran pendapatan lebih terperinci untuk bantuan kebajikan

  • 5 years ago
Insititut Penyelidikan Khazanah (KRI) mencadangkan satu kaedah alternatif bagi mengukur ekonomi isi rumah dengan lebih baik melalui penggunaan pendapatan boleh lupus atau bersih termasuk mengambil kira jurang pendapatan di pelbagai lokasi dan saiz isi rumah untuk menentukan standard kehidupan mereka..

Penyelidik Bersekutu Kanan KRI, Hawati Abdul Hamid berkata amalan semasa menggunakan isi rumah 40 (B40) untuk menggambarkan golongan miskin masih tidak diselaraskan bagi merangkumi saiz isi rumah yang berbeza khususnya, dalam menentukan sesuatu standard.

"Hanya dengan mensasarkan isi rumah B40 untuk penyediaan bantuan sosial boleh menjadi 'terlalu sempit dan terlalu luas' pada masa yang sama.

"Dalam konteks kemiskinan dan memastikan standard hidup minimum, sempadan B40 memberi rangkuman yang terlalu jauh kerana bukan semua B40 memerlukan bantuan sosial yang sama seperti mereka yang duduk dalam kemiskinan mutlak," katanya kepada pemberita semasa pembentangan kertas perbincangan KRI yang terkini, 'Penentuan Isi Rumah : Analisis Pendapatan dan Perbelanjaan Bersepadu' di Kuala Lumpur hari ini.