Do you want to remove all your recent searches?

All recent searches will be deleted

Watch fullscreen

My Sweet Lavender | Episod 19

TV3Malaysia Official
TV3Malaysia Official
11 days ago|107 views
Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal. Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini.

Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman, Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya.

Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress,Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama 3 hari di Kuala Pilah.