Suara rakyat liberal dan progresif tidak didengar, Siti Kasim tubuh "Maju"

  • 5 years ago
Peguam dan aktivis Siti Kasim hari ini melancarkan NGO Malaysian Action for Justice and Unity Foundation, atau Maju, yang menurutnya bertujuan menjadikan suara rakyat Malaysia yang "sederhana, progresif dan liberal" lebih didengari. Siti yang memang dikenali dengan kelantangannya berhubung isu hak asasi menusia berkata golongan itu dilihat takut untuk mempertahankan hak mereka.
"Kami menyedari suara rakyat daripada golongan yang sederhana, liberal dan progresif adalah tidak didengari dan tidak teratur. "Suara atau pendapat mereka sering kali tidak dikemukakan kerana mereka takut dan mengaggap telah melakukan satu kesalahan.