Lokman tiba di KLIA, bawa laporan forensik video dari UK
  • 5 years ago
Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendedahkan mendapat keputusan hasil forensik video oleh pakar di United Kingdom berhubung video seks sejenis yang didakwa melibatkan menteri ekonomi Azmin Ali.

Lokman berkata demikian kepada pemberita setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada petang ini.

Video penuh dimuat naik oleh Laskar Jihad di Facebook.

Pada 26 Julai lalu, Lokman hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk direkod keterangan.

Ia susulan tindakannya menuduh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menipu berkenaan siasatan kes penyebaran video seks sejenis yang didakwa melibatkan menteri ekonomi Azmin Ali.

Lokman ketika ditemui pemberita berkata mempertahankannya kenyataannya bahawa Hamid tidak bercakap benar berkaitan dapatan forensik oleh syarikat CyberSecurity, lapor Sinar Harian.

Pada 18 Julai lalu, Hamid berkata kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi, namun wajah pelakunya tidak dalam dicam.

Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku terlibat dalam aksi asmara sejenis itu tetapi Azmin menafikannya.

Azmin sebelum ini menyifatkan penyebaran klip video itu sebagai komplot untuk memusnahkan kerjaya politiknya.