Trauma kanak-kanak Palestin pada Hari Raya
  • 5 years ago
Visual kanak-kanak menangis dan takut pada hari pertama Idul Fitri di masjid Al Aqsa.

Ketika semua umat islam di seluruh dunia sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan lain pula ceritanya di Palestin.

Sejumlah umat Islam di Palestin cedera selepas bertempur dengan polis Israel di perkarangan kawasan Masjid Al-Aqsa.

Ia berikutan kaum Yahudi Israel juga sedang menyambut hari kebesaran mereka di Tisha B'av di kawasan yang sama.

Perkara tersebut mencetuskan provokasi dan huru-hara yang akhirnya gagal dikawal oleh pihak polis sehingga menyebabkan pertempuran kedua-dua penganut agama itu.

Hal ini kerana, ribuan penduduk Palestin menunaikan solat hari raya di Masjid Al-Aqsa.

Sebelum ini, polis telah mengeluarkan arahan kepada masyarakat Yahudi agar memberi laluan kepada umat Islam untuk menyambut Aidiladha.