Satu kumpulan NGO hari ini membawa beberapa paket kondom sebagai simbolik bagi menyatakan kepentingan penggunaan kondom dalam hubungan kelamin bagi mengelakkan jangkitan penyakit seperti HIV.
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Biru Ber'1' Abata Malaysia (Ber'1' Abata), Zahlan Ridzuan berkata demikian pada sidang media di luar bangunan Parlimen meminta polis menyiasat kes video seks sejenis yang tular di media sosial yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Azmin sebelum ini menyifatkan klip video seks sejenis itu, yang memaparkan seorang lelaki menyerupainya sebagai sebahagian daripada kempen jahat untuk merosakkan kerjaya politiknya.
Selepas video itu dibocorkan, bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa bahawa dia adalah orang dalam klip itu dan insiden itu dirakamkan tanpa pengetahuannya di bilik hotel Azmin di Sandakan, Sabah.