Bawal RM70,000 bukan 'propa'

  • 5 tahun lalu
KOTA BHARU - Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive bakal mengeluarkan tudung berharga RM70,000 yang ditempah oleh ahli perniagaan wanita di negeri ini.

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri bagaimanapun berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan di antara wakilnya di cawangan premiumnya, Butik As Galleria di Lembah Sireh di sini.