Muktamar PAS diwarnai hijau, merah dan putih

  • 5 years ago
Suasana yang bukan sahaja diwarnai dengan kehijauan namun keunikan kehadiran tetamu jemputan menjadikan ia penuh warna warni dan secara tidak langsung menjadi nilai tambah kepada kemeriahan majlis berkenaan.

Antara tetamu jemputan hadir kali ini termasuklah menteri-menteri besar (MB) dari perpaduan ummah iaitu Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Terangganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man.

Selain itu, di atas pentas juga ada dalam kalangan jemputan adalah bekas MB termasuk Tuan Guru Abdul Hadi yang semuanya tujuh orang.

Selain itu delegasi Pergerakan Umno Malaysia yang diketua oleh Pemangku Presidennya, Dato' Seri Mohamad Hassan turut hadir.

Recommended