Kapal mewah 2 tingkat terbakar di Langkawi, mangsa terakhir ditemukan

  • 5 years ago
3 pekerja lelaki dan seorang wanita warga Indonesia sesak nafas dalam kebakaran melibatkan sebuah kapal persiaran mewah dua tingkat di tempat pembaikan Nothern Shipyard, Bukit Malut, Langkawi pagi semalam.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Langkawi manakala seorang lagi mangsa didapati hilang.

Menurut Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Fadzlullah Mohd Noor pihaknya meneruskan operasi hari ini bagi mencari seorang mangsa yang masih belum ditemukan Operasi melibatkan unit K9 bomba dengan kekuatan 2 penyelia dan 3 anggota yang mengendalikan 4 ekor anjing masing-masing 2 ekor untuk pencarian mangsa serta siasatan.
'Excavators' digunakan bagi membantu pencarian mangsa disebabkan terdapat timbunan barangan di dalam kapal berkenaan.

Pada pukul 7.12 malam akhirnya mangsa yang hilang berjaya ditemukan Unit K9 di bawah sisa-sisa kebakaran dan Komander Operasi ketika itu telah diambil alih Penolong Pengarah Operasi Negeri Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain.

Mangsa yang juga warga Indonesia dikenali sebagai Normanshah, 24 tahun.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.16 malam. - RTM