88 das tembakan meriam dilepaskan mewakili usia Almarhum Sultan Ahmad Shah

  • 5 years ago
Sebanyak 88 das tembakan meriam oleh 41 Rejimen Artileri Diraja Sungai Buloh, Selangor dilepaskan mewakili usia Almarhum Sultan Ahmad Shah pada istiadat pemakaman baginda ke Makam Diraja Pekan.

Almarhum Sultan Ahmad Shah yang merupakan Sultan Pahang kelima mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi semalam dan akan dimakamkan selepas Zohor hari ini.

Jenazah almarhum dijadualkan akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah di sini dengan menaiki Pedati Diraja yang akan ditarik anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia pada 1 tengah hari untuk disolatkan dan dimakamkan di Makam Diraja di sini.

Video: BERNAMA