Mat Sabu dedah laporan skandal Mindef esok - Liew

  • 5 years ago
Pengerusi DAP Johor yang juga Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berkata skandal-skandal yang melibatkan Kementerian Pertahanan oleh pentadbiran lalu akan didedahkan pada Khamis (esok).

Kata Liew, pendedahan itu akan dibuat menterinya, Mohamad Sabu.

Liew berkata demikian kepada orang ramai dalam ceramah di Bandar Prima, Sandakan malam tadi.

Kira-kira 1,500 hadir program ceramah semalam, dengan kebanyakannya orang Cina, sekali gus menjadikan ceramah itu paling ramai dalam kempen PRK Sandakan.

PBS meletakkan naib presidennya Linda Tsen bagi berdepan calon DAP, Vivian Wong dalam pilihan raya kecil Sandakan, yang diadakan selepas kematian bapa Wong yang merupakan penyandang ahli parlimen itu, Stephen Wong.

Beberapa parti pembangkang lain memberi sokongan kepada PBS dalam pilihan raya kecil ini, termasuk Umno Sabah, PAS, Usno dan Star.

Hari pengundian ditetapkan pada 11 Mei.