Pandikar puji Linda Tsen

  • 5 years ago
Bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia membuat kemunculan menyokong calon PBS pada Ahad dengan hadir berceramah di Pulau Berhala.

Beliau berkata terpanggil menyokong calon PBS selepas mendapat tahu pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang berceramah di Sandakan.

Pandikar juga memuji calon PBS Linda Tsen, bekas MP Batu Sapi selama dua penggal.

Katanya, ketika itu beliau menjadi speaker parlimen dan berdasarkan pemerhatiannya Linda dilihat sentiasa tenang dan berkebolehan berbahas dengan baik di Dewan Rakyat.