Berhimpun demi Adib, “Daulat Tuanku” dan "Hancur Munafik" dilaungkan

  • 5 years ago
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sekali lagi menggerakkan orang ramai untuk turun berhimpun di ibu negara, kali ini bagi menyertai himpunan "mempertahankan kedaulatan Islam".

Perhimpunan yang dikatakan sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa itu dijangka bermula pada jam 2 petang nanti dan dijadualkan berakhir sekitar jam 6 petang.

Ummah yang mengetuai himpunan itu akan bermula di Masjid Jamek selepas solat Zuhur dan akan berakhir di Sogo yang akan menghimpunkan kesemua pemimpin NGO dan parti politik terbabit.

Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Rafii dalam ucapannya berkata antara sebab mereka berhimpun hari ini kerana arwah anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tak dibela.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam yang turut bersama kumpulan berkenaan tidak boleh menjangkakan berapa ramai yang akan turun hari ini.