TERKINI : Anwar 'Giant Killer' Bukan Ancaman - Tok Mad

  • 5 years ago
SEREMBAN - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak gentar dengan penglibatan sepenuh masa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri kempen di kawasan ini.

Menurut bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, kehadiran nama besar dalam PKR itu tidak mengancam peluang beliau untuk mempertahankan kerusi Rantau.

"Saya tak ada memandang itu sebagai sesuatu ancaman ataupun tidak tapi apa yang saya minta supaya kita berkempen secara sihat, kita berkempen kerana kita nak menegakkan amalan demokrasi di negara kita.

"Semua orang ada peluang dan boleh kempen dan kempen secara sihat supaya tidak ada isu yang boleh buat keadaan keharmonian di Rantau yang berbilang kaum terganggu gugat, siapa sahaja boleh kempen," katanya ketika diumumkan sebagai calon oleh SPR hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended