MCA perlu kikis ideologi perkauman jika mahu bersama Gerakan

  • 5 years ago
MCA boleh menjadi sebuah gabungan dalam parti Gerakan sekiranya parti itu dapat mengikis ideologi perkauman, kata calon Presiden Gerakan Andy Yong Kim Seng.

Menurutnya, demi kelangsungan dan masa depan Gerakan, mana-mana parti politik dipelawa untuk bersama dalam perjuangan mereka termasuk MCA asalkan parti itu dapat menerima ideologi yang dibawa.

Malah kata belau, parti yang diwakilinya pasti akan mengenakan syarat terutamanya dalam aspek penerimaan parti yang mahu bergabung dengan konsep kesejahteraan masyarakat majmuk.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com