TERKINI : 21,374 Kes Jenayah Komersial Dengan Kerugian RM4.2 Bilion

  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Sebanyak 21,374 kes jenayah komersial melibatkan kerugian RM4.2 bilion dilaporkan sejak Januari hingga 21 Oktober 2018 dan ia dijangka meningkat secara mendadak menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Komisioner Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, daripada jumlah kes itu sebahagian besarnya atau 56 peratus kes melibatkan penipuan jenayah scam siber dan scam pinjaman tidak wujud.

Katanya, Kes jenayah komersial semakin meningkat jika dibandingkan tahun tahun sebelum ini iaitu bagi tahun lepas, 30,364 kertas siasatan dibuka dan tahun ini pula 21,374, kes jenayah siber Macau Scam, Afrika Love Scam dan pinjaman tidak wujud.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended