Sebutan Semula Kes Najib Ubah Wang Haram 17 Mei

  • 5 years ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menetapkan 17 Mei untuk sebutan semula kes bekas perdana menteri, Najib Razak yang didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berhubung dana SRC International (SRC) berjumlah RM27 juta, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas pengurusan kes berkenaan di hadapannya yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 66.

Ishak memaklumkan bahawa kedua-dua pihak terikat dengan perbicaraan kes lain sehingga 10 Mei.

“Pihak kami memohon tarikh lain kerana terikat dengan perbicaraan kes SRC (Najib) sehingga 10 Mei ini,” katanya.

Recommended