Saya terpaksa jadi kuat demi anak-anak - Balu mangsa MH 370
  • 5 years ago
Hari berganti hari, penderitaan dan kesedihan yang dirasai oleh keluarga penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang masih dirasai.

Sama ada mereka orang biasa, petugas anak kapal, artis-artis terkenal dunia atau jurutera terkemuka, yang pasti semua mereka mempunyai ahli keluarga yang pastinya merindui tawa tangis dan gurau senda bersama keluarga.

Pada March tahun ini genaplah 5 tahun Pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal, sejak 8 Mac 2014 lalu.

Sudah tentu terlalu banyak air mata, jerih payah pengorbanan mahupun tekanan psikologi yang ditanggung semua pihak, terutamanya waris keluarga MH370 yang tidak pernah putus harap memburu jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Namun dalam tempoh lima tahun yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkan jawapan sehingga kini masih tiada jawapan dimana anak kapal tersbut hilang.

Justeru sempena bulan Mac yang juga merupakan Hari Wanita sedunia , pihak krew KiniTV cuba menyelami perasaan wanita tabah yang merupakan Isteri kepada seorang mangsa yang juga Kru pramugara Mohd Hazrin Mohamed Hasnan (Rain).

Ikuti perkembangan Edisi Kupas - bersama wartawan Mastura Malak.
Recommended