Ardern petik hadis Nabi Muhammad SAW

  • 5 years ago
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyertai hari Perkabungan Negara bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam insiden serangan keganasan di Christchurch Jumaat lalu, lapor agensi berita Xinhua.

"Semua rakyat New Zealand bersedih...kita bersatu tanpa mengira bangsa dan agama," kata Ardern

Seminggu selepas serangan pengganas Christchurch, seluruh rakyat New Zealand bertafakur selama dua minit untuk mengenang mangsa yang terkorban dalam serangan tragis yang meragut 50 nyawa.

Pada Jumaat acara memperingati turut akan diadakan di seluruh negara.


Di Auckland, lebih 17,000 orang dijangka menghadiri majlis itu pada pukul 6 petang, Jumaat.

Upacara pengebumian negara pula dijadual berlangsung minggu depan.