Siapa kata k'jaan biayai lapangan terbang Kulim? - Azmin

  • 5 years ago
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali berkata Putrajaya tidak akan menanggung kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim sebaliknya pembiayaannya akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta.

Menurut Azmin kerajaan tidak mempunyai wang untuk membangunkannya kerana keadaan ekonomi sekarang justeru kerajaan memerlukan penglibatan aktif pihak swasta.

Dalam pada itu Azmin turut menegaskan pembinaan lapangan terbang itu tidak akan memberi impak engatif kepada Pulau Pinang sebaliknya ia akan melengkapi antara satu sama lain.