Terus bekerja walau cecah umur bersara, pesan Dr M

  • 5 years ago
Teruskan bekerja meskipun sudah mencapai usia persaraan, pesan Dr Mahathir Mohamad yang kembali menjadi perdana menteri ketika berusia 93 tahun."Apabila anda mencapai usia persaraan, teruskan bekerja," katanya ketika sesi dialog di persidangan Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur hari ini.Mahathir berkata demikian ketika moderator memintanya berkongsi prinsip hidupnya.Jawapan Mahathir itu mengundang ketawa daripada hadirin.Mahathir berkata kali pertama beliau menjadi perdana menteri adalah pada 56 tahun, iaitu usia persaraan."Tetapi (ketika itu) saya baru bermula. Dan sekarang saya tak perlu beritahu anda umur saya," katanya lagi.Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri pada 1981 dan menerajui pentadbiran negara selama lebih 22 tahun, sebelum berundur pada 2003.