Kita bukan fanatik perkauman - Hadi

  • 5 years ago
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin Melayu-Islam akan menjadi pemegang kuasa politik terbesar jika mereka bersatu memandangkan mereka memegang 130 daripada 222 kerusi Parlimen."Walaupun kerajaan (PH) sebegitu rupa, (kalau) dicampur semua kerusi Melayu-Islam - PH atau pembangkang - Islam masih majoriti. Orang Islam boleh menentukan politik jika mereka berusaha dengan baik."Ini bukan bermakna kita fanatik perkauman tetapi memimpin negara mestilah orang Islam," katanya lagi.Hadi berkata demikian dalam program Wacana Islam dan Isu Semasa anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Clubhouse Persatuan Alumni Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Recommended