'2,000 mangsa terkesan tetapi tidak perlu isytihar darurat, wow'
  • 5 years ago
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak mengisytiharkan darurat becana di Pasir Gudang susulan pencemaran kimia yang bermula minggu lalu.Memetik di Twitter, Tunku Ismail berkata darurat sepatutnya diisytiharkan sejak hari pertama ia berlaku.Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat tetapi pada masa sama menasihatkan semua pihak untuk terus berhati-hati dan dalam keadaan bersedia memandangkan masalah itu belum berakhir.Beliau berkata demikian selepas kunjungannya di beberapa kawasan terjejas di sana dan mendengar taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.Beberapa pihak telah menggesa agar pengisytiharan itu dibuat, termasuk oleh Anggota Parlimen Pasir Gudang yang membawa usul tergempar di Parlimen semalam.Tunku Ismail bagaimanapun menerima keputusan kerajaan itu tetapi mencadangkan kawasan yang terjejas dikosongkan buat sementara.Tunku Ismail dilaporkan melawat Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang dijadikan sebagai tempat rawatan awal bagi meninjau mangsa dan kelancaran operasi.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Johor, Dr Sahruddin Jamal, setakat malam tadi kira-kira 2,000 orang telah terjejas dengan pencemaran kimia akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.