IKEA di Batu Kawan jadi tumpuan pengunjung

  • 5 years ago
IKEA, gedung jenama perabot berpangkalan di Sweden hari ini membuka cawangan pertamanya di Utara Semenanjung Malaysia, di Batu Kawan, kira-kira 40 kilometer dari sini.Gedung kedua terbesar di negara ini selepas cawangan di Johor Bahru itu, yang berkeluasan kira-kira 43,678 meter persegi, dijangka dapat menampung lebih 6,000 pengunjung dalam satu-satu masa, menurut pengurus gedung, A Pathmalingam.Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan keselamatan akan menyekat jumlah pengunjung ke premis itu bagi mengelak kesesakan.