Tutup MAS? Ini kata Dr M

  • 5 years ago
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk menangani kerugian yang ditanggung Malaysia Airlines Bhd (MAS).“Untuk menutup syarikat penerbangan nasional, ia satu hal serius.“Kamu ingat tak, dulu pun ada kajian tentang ini, sama ada kita patut tutup, jual atau buat penstrukturan semula kewangan.“Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan semua kemungkinan ini. Kita perlu putuskan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di parlimen.