Bos GLC pengantara urusan bayaran, kata peguam Clare

  • 5 years ago
Seorang bos syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan pengantara dalam mengendalikan urusan bayaran antara Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menurut Peguam Americk Sidhu.Memetik portal The Malaysian Insight, Americk juga mendakwa individu itu menawarkan diri untuk membayar guaman tersebut secara tunai yang juga cadangan pertama dari PAS, namun beliau menolak dan seterusnya individu pengantara Hadi terus menulis ceknya sendiri dan menandatangani.Menurut Americk lagi, individu tersebut memberi alasan bahawa beliau terpaksa mengambil wang tunai dari Hadi untuk dimasukkan ke dalam akaunya.Laporan portal tersebut juga melaporkan bahawa Americk, yang mewakili Clare berkata penyelesaian di luar mahkamah itu merupakan kemuncak daripada rundingan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu melibatkan PAS, Clare dan individu berkenaan sebagai pengantara.Clare kemudiannya mengarahkan Americk untuk memindahkan wang berkenaan ke dalam akaunnya di London.Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di London pada 2017, melibatkan dakwaan Hadi dan pemimpin PAS lain menerima RM90 juta untuk menyokong Umno dan BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).Penyelesaian itu dibuat tanpa sebarang perintah kos pada 1 Februari.Susulan dakwaan oleh PAS bahawa tiada bayaran dibuat, Clare memuat naik artikel dalam Sarawak Report, bersama gambar cek Bank Islam, mendakwa beliau dibayar sebanyak RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian bagi membolehkan Hadi menarik balik kes dengan perjanjian kedua-dua pihak perlu merahsiakan mengenai bayaran itu.Sementara itu Americk berkata beliau tidak tahu bagaimana rundingan tersebut berlaku.