'Itu kerja bodoh, jahat!'

  • 5 years ago
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tegas mengkritik individu yang menghina Nabi Muhammad SAW sebagai satu kerja yang bodoh dan jahat.Anwar menegaskan perbuatan itu langsung tidak menguntungkan negara dan ia boleh menjejaskan keharmonian negara.Justeru Anwar menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan tidak bertoleransi dengan sikap yang buruk sedemikian kerana akan mengundang kesan yang tidak baik.Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian pada sidang selepas majlis penyampaian hadian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan di sini hari ini.Anwar diminta mengulas mengenai senario terkini segelintir bukan Islam yang menghina agama Islam dan terdapat beberapa individu telah didakwa di mahkamah.