Diratah Hiba sandaran Thalia Rasul jadi penyanyi
  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Awal bismillah, perjalanan Thalia Rasul untuk menjadi seorang penyanyi menerusi sebuah program realiti televisyen pada tahun 2010 umpama awan hitam yang berarak mendung.

Dengan semangat berkobar-kobar, Thalia berdiri di hadapan seorang mentor untuk memperdengarkan kemampuan beliau melantunkan lagu dan sekaligus, mencuba nasib untuk melakar nama dalam industri seni suara tanah air.

Entah di mana silapnya, mentornya beralih arah dan Thalia ditolak ke tepi yang membantutkan perjalanannya untuk menjadi salah seorang peserta yang boleh memberi cabaran pada pertandingan Mentor musim keempat tahun 2010.

Kata Thalia yang diundang sebagai artis jemputan segmen bual santai, Jom Chat yang dihoskan oleh Apak, hubungannya dengan insan yang bergelar mentor itu telah jernih dan nawaitunya untuk menjadi penyanyi tidak pernah luntur.

Mungkin nama Thalia Rasul tidak segah mana tetapi iltizamnya untuk memiliki single tercapai dengan lagu berjudul Diratah Hiba ciptaan Rosli Ahmad, lirik oleh Andy Sulaiman. - UTUSAN ONLINE