Rafizi akan anjur sesi temuduga terbesar

  • 5 years ago
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan menganjurkan sesi temuda kerja terbesar dalam sejarah negara ini.

Menerusi satu video hantaran di Facebook, Rafizi berkata inisiatif tersebut diambil bersama rakan-rakannya selepas mendapati masalah memadankan pekerjaan antara pekerja dan majikan masih menjadi masalah utama di negara ini.

Beliau menambah sesi temuduga terbesar ini akan memberi ruang kepada majikan mengisi kekosongan jawatan di pejabat mereka dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan.

Rafizi sebelum ini menggesa kerajaan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan belia mendapatkan pekerjaan dan menjadikan diri mereka lebih mudah dipasarkan.

Recommended