Dr M tiba di Cameron Highlands menaiki helikopter

  • 5 years ago
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Felda Sungai Koyan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dengan menaiki helikopter.

Mahathir dalam ucapannya turut menyentuh, beliau terpaksa menyewa helikopter swasta kerana patuh kepada peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menggunakan aset kerajaan ketika berkempen.

Kata Perdana Menteri: "Undang-undang ini bukan sahaja dikenakan kepada parti lawan malah parti kerajaan pun dikenakan undang-undang yang sama.

“Umpamanya saya tidak boleh dibenarkan pakai kapal terbang RMAF (Tentera Udara Diraja Malaysia) yang kerajaan punya, (maka) kenalah sewa helikopter swasta punya. Kalau pakai helikopter kerajaan maka salahlah,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Sungai Koyan di Dataran Felda Sungai Koyan 1 hari ini.

-Bernama