Hishammuddin jamin setia dengan Umno, kata Najib

  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sepupunya, Hishammuddin Hussein, telah memberi jaminan akan terus kekal setia bersama Umno.

Beliau berkata jaminan itu diberikan sendiri oleh Hishammuddin dalam satu pertemuan dengan beliau beberapa hari lalu.

Najib berkata demikian ketika ditanya oleh seorang anggota Umno dalam sesi santai bersama anggota parti itu semalam.

Baru-baru ini, gambar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bercuti di Maghribi tersebar luas hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Gambar dimuat naik oleh anak Datuk Seri Azmin, Ameer Azmin Ali di Twitternya pada Disember lalu, telah mencetuskan pelbagai spekulasi.